Dengan internet anda boleh :
- Mencari dan berkongsi maklumat dengan lebih efektif
- Nenudahkan urusan harian dan perniagaan
- Berkomunikasi dan berinteraksi bersama keluarga dan rakan-rakan tidak kira di mana mereka berada
- Mendapatkan berita terkin dan mengetahui hal ehwal semasa
- Melalui internet seseorang itu terdedah kepada sesiapa sahaja yang ingin memanipulasi anda
- Melalui internet anda terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral
- terdapat beribu-ribu iklan di dalam internet yang boleh memperdayakan anda
- Jangan berkongsi kata laluan dan nama yang digunakan - tukar kata laluan sekerap yang mungkin, gunakan kata laluan yang kompleks dan panjang tetapi mudah untuk anda ingati & jangan berkongsi maklumat peribadi anda seperti nama sebenar, alamat dan nombor telefon dengan orang yang tidak dikenali.
- Bijak apabila berkongsi - Fikirkan dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar atau kandungan yang ingin dikongsi,ingat apa-apa kandungan yang dikongsi berkemungkinan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari alam siber
- Berbudi bahasa dan jangan sebarkan fitnah - Hormati orang lai ketika anda berkongsi pandangan dan jangan membiarkan emosi mempengaruhi anda, jangan sebarkan khabar angin & elakkan daripada menggunakan perkataan yang berbaur perkauman atau lucah
*INGAT, Bersama-sama kita KLIK DENGAN BIJAK untuk membudayakan penggunaan INTERNET secara SELAMAT dan BERTANGGUNGJAWAB
Sharing is caring
Sumber : Flyers dari SKMM
No comments:
Post a Comment