Angka 7 disebut pertama kali dalam surah Al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi :
" Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan jadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam surah an-Naba' ayat 12, firman-Nya yang berbunyi:
" Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh."
Di antara permulaan surah al-Baqarah sehingga surah an-Naba', nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali. Surah al-Fatihah yang merupakan penghulu segala surah juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.
Rukun solat ke 7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Juga, solat diperintahkan apabila kanak-kanak mencapai usia 7 tahun.
Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat raya. Manakala ayat tentang kiamat dalam al-Quran disebut sebanyak 77 kali. Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sai, melontar, dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali.
Jangan lupa, Allah menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka.
Dalam kehidupan manusia pula, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan. Ada 7 hari dalam seminggu. Di kategorikan 7 benua dan 7 lautan di bumi.
Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai "safe prime" iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permaasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya.Jangan lupa ya juga, heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.
Keindahan pelangi terdiri daripada 7 warna.Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekul heptana.Angka 7 juga adalah nilai 'nuetral' antara sifat asid dan alkali.Manakala atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7.Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepala mempunyai 7 'cervical vetebratae'
Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini.Ia bukan semata-mata unik, malah mengandungi hkmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal manusia.
me ambil gambar ni kat mr.google |
p/s: setiap yang Allah jadikan pasti ada tujuan dan hikmahnya termasuklah pada nombor mahupun abjad..
Sharing is caring
#salam sayang dari me
No comments:
Post a Comment