Namun, tidak semua orang mengutamakan gaya kerana ada faktor lain yang lebih utama.
Justeru ada yang lebih gemar menggunakan laptop standard untuk memenuhi pengkomputeran mereka
5 sebab boleh dijadikan alasan untuk memilih laptop standard berbanding ultrabook :
- Grafik lebih berkuasa - untuk ultrabook grafiknya adalah daripada Intel sahaja.Berbanding dengan laptop yang mempunyai grafik dari Intel, Nvidia dan AMD di mana grafik-grafik ini terdapat dalam banyak model atau jenama laptop standard di pasaran.Grafik khas ini menawarkan prestasi yang lebih berkuasa.
- Storannya lebih besar - untuk ultrabook ianya dilengkapi dengan Solid State Drive (SSD) sebagai storannya.Untuk laptop standard pula menggunakan cakera keras (HDD).Ini memberikan peluang untuk memiliki storan yang besar,paling kurang 500GB.Malah harganya lebih murah dari SSD.Ruang yang lebih besar in sesuai bagi menyimpan lebih banyak fail.Selain itu,"partition" boleh di buat dua atau lebih bagi menempatkan sistem operasi (OS) yang berbeza.
- Memiliki banyak port - rata-rata ultrabook cuma menyediakan port asas iaitu port USB 2.0/3.0 dan HDMI.Jika ada sekalipun jumlahnya terhad atau menggunakan port saiz mini.Berbeza dengan laptop standard yang menawarkan port asas yang lain seperti port LAN dan VGA.
- Peluang menaik taraf - rekabentuk ultrabook sangat kompak dan hampir menafikan peluang untuk menaik taraf peranti dalamannya terutama sekali memori (RAM) dan storannya.Laptop standard pula mempunyai 2 slot untuk memori.
- Senang diselamatkan - ultrabook sebenarnya sukar untuk diselamatka jika peranti dalamannya rosak.Sedangkan ruang yang menempatkan RAM atau HDD pada laptop standard lebih mudah di buka dengan menggunakan sebilah pemutar skru.
sharing is caring
p/s: fikir dulu sebelum beli ye..
No comments:
Post a Comment