Entri hari nie me nak share maklumat yang penting terutama kepada sesiapa yang sering menggunakan talian internet..khususnya kepada mereka yang menggunakan internet perbankan
Ok..Apa itu PHISHING?
Kebanyakkan korang mesti tak berapa tahu apa PHISHING tu kan..ada juga yang tak pernah dengar kan perkataan itu..
So, me nak share beberapa info mengenai PHISHING nie..baca dan fahami tau
Maksud PHISHING secara amnya memancing.Maksudnya di sini seseorang yang tidak bertanggungjawab(penjenayah siber) ingin mencuri maklumat peribadi seseorang di dalam atas talian
PHISHING adalah bertujuan untuk menipu selalunya dilakukan menerusi e-mel untuk mencuri maklumat.
E-mel Phishing biasanya muncul seperti ianya daripada organisasi yang sangat dikenali dan meminta maklumat peribadi seperti:
- nombor kad kredit
- nombor akaun
- nama login
- kata laluan
Apabila ada telah terpedaya dan mengisi maklumat yang di minta, maklumat tersebut akan diperolehi oleh jenayah siber dan memudahkan mereka untuk mengakses ke akaun perbankan internet anda.
Cara untuk mengenal pasti e-mel PHISHNG
- Mengancam/mengugut untuk menutup atau menamatkan akauan anda jika tidak memberi maklum balas.
- Memberitahu bahawa akaun anda telah terancam atau telah berlaku aktiviti penipuan/salahlaku dalam akaun anda
- Perubahan/aktiviti yang tidak mendapat pengesahan oleh akaun anda
- Bank membritahu/menuntut telah kehilangan maklumat penting dan perlu info peribad anda untuk mengesahkan akaun anda.
- Elakkan daripada memberi maklumat peribadi kepada permintaan yang anda tidak yakin.Samada permintaan tersebut melalui e-mel atau telefon
- Jika anda was-was bahawa pemanggil atau penghantar tersebut sah atau tidak, anda boleh menghubungi sendiri dengan pegawai rasmi institusi kewangan anda untuk meminta kepastian
- Jangan mendedahkan kata laluan anda melalui saluran komunikasi yang mencurigakan atau bukan atas permintaan anda.
- Sentiasa pantau akaun anda untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak sah.Pastikan anda menerima laporan bulanan pada masa yang sepatutnya dan memeriksanya untuk mengesahkan transaksi anda.
Booklet ini me dapat dari SKMM.Perkongsian info berkaitan dengan IT adalah salah satu tugas me.. |
Me harap selepas korang dah baca info kat atas tu,korang dapat sedikit info berkaitan dengan PHISHING ini dan berhati-hati serta berwaspada dengan apa-apa e-mel yang korang dapat selepas ini..
sharing is caring
#salam sayang dari me
amaceh
ReplyDelete