Kisah semalam : Epilog Cinta II

 
Ya...aku masih tidak boleh melupakan insan yang pernah aku sayang walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ini. Terlalu payah untuk aku melupakan segala kenangan yang telah tercipta antara kami dulu.Bagaikan baru semalam kami berjumpa dan tidak lama selepas itu kami berpisah mati.
"Maafkan aku Haziq kerana menolak cinta mu.." berkataku dalam hati.
Suara Azan membuatkan aku terjaga dari lamunan yang panjang ketika itu.Dengan segera aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk lantas ingin bersujud menyembah Allah yang satu.Bersujud dan berdoa memohon ketabahan hati serta petunjuk dari Sang Pencipta Alam semesta ini.
Esoknya, di pejabat seperti biasa aku menjalankan tanggungjawab menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah siap pada pandanganku.Hendak mengeluh tak baik sebab ini adalah punca rezeki dan tanggungjawabku.
Sedang aku leka menyiapkan tugasan, Haziq datang ke tempatku dengan muka yang serius.
Hatiku berdetik, "Alamak,dia datang nak tanya pasal hal hari tu lagi ke..apa aku nak jawab nanti.."
"Wani, laporan yang saya suruh siapkan hari itu dah siapkan ke belum?"tanya Haziq kepadaku.
"Aa..err..tinggal sikit lagi..",jawab ku tergagap-gagap
"Dah siap nanti tolong hantar kepada saya",jawab Haziq tegas.
Haziq merupakan ketua unit IT di mana aku adalah salah seorang staf di bawah penyeliaan dia.
Umur kami memang sebaya tetapi di atas tuntutan kerja di mana dia adalah bos, maka aku perlu mengikut arahan yang dia bagi.
Memang sepatutnya aku kena siapkan laporan yang dia mintak secepat mungkin tapi kerja aku makin bertambah-tambah kerana Aini kawan sepejabat denganku cuti bersalin.
Dengan segera aku menyiapkan laporan yang telah di minta dan menghantar terus ke pejabatnya.
Mujur, ketika aku menghantar laporan itu, Haziq tiada di dalam pejabatnya.kalau tak, terpaksalah aku berperang dengan perasaan sendiri.
Dengan kedudukan dia sebagai ketua aku juga membuatkan aku terpaksa menolak cinta dia.Aku tidak mahu ada mulut-mulut gatal yang jadikan aku sebagai bahan umpatan nanti.Aku dan Haziq bagaikan langit dengan bumi.Betapa jauhnya perbezaan antara kami sehingga diibaratkan sebegitu.\
Semenjak penolakan cinta dariku, aku perasan yang Haziq tidak banyak bercakap.Fokusnya hanya pada kerja sahaja.Dia semakin tegas denganku.Aku sebagai pekerja bawahannya akur dengan segala tugasan yang di beri tanpa mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja.Itu memang prinsipku.

Untuk hari-hari yang seterusnya,berlalu seperti biasa.Kisah antara aku dan Haziq dulu sudah lenyap begitu sahaja.Dia tidak lagi menghubungi atau menghantar pesanan ringkas kepadaku.Kalau ada pun semua yang berkisah pasal kerja semata-mata.Dan aku pun sudah selesa dan tenang dengan keadaan sekarang ini.

Hinggalah pada suatu hari aku telah mendapat sejambak bunga ros dan hadiah misteri dari pengirim yang tidak bernama.Kad yang ada pada jambangan bunga itu tertera nama penuh ku.Sambil memikirkan siapakah yang bagi, aku disergah oleh Aini.

"Wahh...wani,siapa yang bagi bunga tu?"tanya Aini kepadaku.
"Entahlah..tak tau siapa yang hantar.Tak ada nama pengirim pula tu" jawabku.
"Ada orang admire kat kau la tu..." usik Aini.
"Ishh...mana ada.Pandai je la kau ni Aini..siapalah yang nak admire kat aku ni.." balasku.

Aini pun berlalu meneruskan kerja.Aku masih memikirkan siapalah yang bagi semua ini.
Aku perhatikan sekeliling di pejabatku.Tiba-tiba mataku tertacap ke arah bilik Haziq.Terberhenti pandangan mataku ke bilik dia dengan sendirinya.

"Ishh..tak kan lah dia yang bagi semua ni..mustahil" kataku dalam hati
"Tidak..tidak..tidak...bukan dia yang bagi",bentak hatiku.

"Astaghfirullah..apa kena dengan kau ni wani..asyik memikirkan siapa yang bagi semua ini nanti semua kerja kau terbengkalai.." kataku pada diri sendiri.
Aku meneruskan kerja dan buat seperti tiada apa yang berlaku.Tapi, kepala otak aku ini tidak boleh berhenti dari terus memikirkan siapakah gerangannya yang menghantar bunga dan hadiah misteri itu.
Lagi pelik si pengirim tahu nama penuhku.

Bersambung.....







1 comment:

  1. baru berjinak dalam penulisan..memerlukan idea bagi pembaca tidak bosan untuk membaca

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com