Pilihan : Kehendak atau keperluan?

Assalammualaikum

Alhamdulillah...segala penat lelah kita bekerja habuannya akan dapat pada hujung bulan iaitu gaji...ye, hari ini hari gaji me..jadi macam biasalah segala hutang piutang, perbelanjaan isi rumah dan sebagainya perlu di agihkan dengan bijaksana... :)
Me seorang yang agak teliti dalam perbelanjaan tetapi kekadang tu ada juga masa borosnya..hihihi :p
Untuk memastikan tidak berbelanja melebihi had me akan buat senarai barangan yang perlu di beli..macam kat bawah ni :)
Walaupun me duduk dengan keluarga tidak bermakna me tak keluar duit belanja untuk beli barang keperluan rumah ye...lagi-lagi mak ayah me dah pancen..
Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
Bagi uolls yang perpendapatan sederhana seperti me, cuba buat senarai barangan yang perlu di beli. Dengan cara macam ni, kita dapat tahu berapa budget yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan pembaziran.
Zaman sekarang ni, kadang-kadang kehendak melebihi keperluan. Jadilah pengguna yang bijak. Fikir dulu sebelum beli.

p/s : senarai barang yang me buat tu sebenarnya panjang lagi, me snap separuh je tu..hehehe :)



No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com