3 dos : Supaya anda sentiasa dilindungi

Assalammualaikum

Uolls semua apa khabar?
Me harap semuanya dalam keadaan sihat.. :)
Ok la..entri kali ni me nak share sikit pasal kesihatan exspeacially untuk kaum wanita...
Kat Malaysia ni terdapat beberapa jenis penyakit yang menjadi pembunuh dalam senyap khususnya kepada kaum wanita kan..iaitu kanser payudara dan kanser serviks..betul kan..
So, dalam entri ni me nak share sikit pasal kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser rahim dan pelalian HPV..
Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.
Antara penyebab berlakunya kanser serviks ini antaranya ialah :
  • memulakan hubungan seksual pada usia terlalu muda
  • kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • merokok
  • kurang daya tahan melawan penyakit
Gejala/tanda kanser serviks
  • pendarahan luar biasa dari vagina (bukan haid)
  • sakit
  • pendarahan yang banyak
  • pendarahan yang berpanjangan
  • berbau
  • bercampur darah
Bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati" adalah perlu untuk mengurangkan beban penyakit kanser serviks ini untuk masa hadapan.Oleh itu, Dasar Pelalian HPV Kebangsaan telah diwujudkan.
Laa..apa pula pelalian HPV tu kan... :)
Pelalian HPV adalah salah satu pelalian kanak-kanak sekolah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Pelalian Kebangsaan pada November 2007.Pelalian HPV di berikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.Tetapi pelalian HPV ini akan di beri kepada remaja perempuan yang mempunyai kebenaran bertulis dari ibu bapa.Untuk keterangan lebih lanjut uolls boleh rujuk SINI :)
Kepada uolls yang mempunyai adik/anak perempuan khabar-khabar kan lah pasal pelalian HPV ini ye.. :)
Jumpa di lain entri...daaa

Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan malaysia

Senyum  ^_^


2 comments:

  1. nice entry..betul..mencegah lebih baik daripada mengubati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga isi kandungan dalam entri ni memberi manfaat kepada semua.Khususnya kepada kaum wanita :)

      Delete

Copyright by ungutinta.blogspot.com