Deko : Kamar tidur kanak-kanak


Assalammualaikum uolls...
Entri kali ni me nak cerita sikit pasal deko-deko..alaa..macam deko bersama Eric tu tapi ni deco bersama cik ungu..boleh gitu :p
Me suka mendeko deko ni walaupun tak la berapa kreatif sangat..me ada juga berangan kalau ada rumah sendiri me nak buat konsep moden untuk hiasan dalam rumah..wahh sampai macam tu sekali me berangan kan...hehehe..
my dream house...ohh bilakah... :)
Berbalik pasal cerita yang me nak share dalam entri kali ini, me nak cerita pasal menyediakan reka bentuk bilik untuk kanak-kanak..apa yang me share ini berpandukan pada info yang me dah baca so me share la pada uolls semua..sharing kan caring.. :)
Kat bawah ini adalah antara elemen-elemen penting yang perlu di ambil kira untuk mereka bentuk bilik tidur kanak-kanak...
elemen-elemen dalam mereka bentuk kamar tidur kanak-kanak

KOS - bergantung kepada keperluan dan keupayaan perbelanjaan uolls.Fikir dulu sebelum membeli keperluan berpandukan kepada peringkat umur kanak-kanak

TEMA PILIHAN - Uolls kena tanya pendapat dari kanak-kanak apa tema yang mereka suka

SKIM WARNA - Selalunya kanak-kanak lebih gemarkan warna yang terang.

SAIZ BILIK - sebelum membeli keperluan perabot pastikan dulu saiz bilik supaya kanak-kanak dapat berehat serta menjalankan aktiviti harian dengan selesa

RUANG PENYIMPANAN - pastikan perabot atau keperluan dalam bilik dapat menjimatkan ruang.Pilih barangan yang fleksibel di gunakan

KESELAMATAN DAN KETAHANAN - Pastikan uolls memilih perabot yang boleh memberi jaminan keselamatan dan bersifat tahan lama untuk tahun yang mendatang

PENCAHAYAAN - Pastikan uolls membeli lampu yang boleh di adjust mode pencahayaannya bersesuaian dengan suasana.

Me harap apa yang me share kan dalam entri kali ini memberi uolls panduan dan elakkan pembaziran itu yang penting
Jumpa di lain entri :)

Senyummmm  ^_^


1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Blh hias bilik ank saya
    Bilik ank Saya sempit
    Cik ungu boleh hias bilk ank saya

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com