Putus cinta : Apa nak buat?

Assalammualaikum
Hai uolls...apa khbar?
Lumrah dalam kehidupan, setiap manusia ingin disayangi dan menyayangi kan..dengan kata yang lebih mudah bercinta la :)
Tapi tak semua percintaan itu berakhir dengan kegembiraan..terputus di tengah jalan..
Me pun pernah mengalami putus cinta semenjak me kenal dengan alam percintaan..cewahh ayat tak boleh blah kan :p
So, bila dah putus cinta sure la akan keciwa kan..untuk menghadapi situasi putus cinta setiap orang mempunyai cara yang tersendiri kan..
Kat bawah ni me nak share beberapa tips yang boleh digunakan bila putus cinta :)
  • Shopping/window shopping ( kalau me, me suka pergi window shopping je..kata orang boleh jadi terapi untuk tenangkan hati..)
  • Melancong ( me suka pergi holiday kat tempat ada pantai bi..rasa tenang je tengok air dapat lupakan apa yang berlaku dengan tenang..)
  • Maraton filem ( cara ni me tak pernah buat lagi..tapi ada juga orang buat cara ni bila frust..)
  • Meluangkan masa bersama keluarga/sahabat ( cara yang ni betul-betul berkesan kepada me..dengan adanya ahli keluarga atau sahabat ianya boleh membantu kita untuk mengubati hati kita yang kecewa..ahli keluarga atau sahabat rapat sahaja yang memahami dan sebaik-baik teman untuk meluahkan perasaan :)
  • Kata-kata semangat untuk uolls
  • Berdoa dan redha ( tips yang terakhir ni memang betul-betul mujarab bila kita frust..jangan putus berdoa kepada Allah tak kira dalam keadaan senang atau susah..yang penting kene redha..setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi kan :)
#tips kat atas ni adalah antara cara yang me buat andai me putus cinta.Lain orang ada lain caranya kan..Kalau uolls semua ada cara lain selain dari tips di atas boleh lah share kat ruangan komen di bawah ye :)

Senyum itu sedekah paling murah dan mudah  ^_^



No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com