Bakat seni origami

Siapa tahu apa itu ORIGAMI?
ORIGAMI tu berasal dari perkataan ORI yang bermaksud lipat dan GAMI bermaksud kertas.Ia adalah sebuah seni lipat kertas yang berasal dari Jepun.Bahan yang digunakan adalah kertas atau kain yang biasanya berbentuk persegi.Sebuah hasil origami merupakan suatu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Kenal tak siapa Satoshi Kamiya?
Satoshi Kamiya adalah merupakan seorang Master Origami berasal dari Jepun yang telah menghasilkan karya-karya origami yang sangat mengagumkan.Satoshi Kamiya mula belajar origami pada usia 2 tahun dan mulai serius mendalami bidang origami pada usia remajanya...(mesti mamat nie kreatif dan tangannya memang power la...)
Di bawah ni me share beberapa hasil karya origami yang telah di buat oleh Satoshi Kamiya..

Amacam..kreatifkan Satoshi Kamiya...meh tengok lagi kat bawah nie...




Kepada mereka yang mempunyai bakat yang terpendam tu,jangan dipendamkan sahaja...cuba zahirkan bakat yang ada..manalah tahu terdapatnya rezeki pada bakat yang korang ada...
Usaha tangga kejayaan...

#salam sayang dari me



No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com