Seekor anak katak pergi bersiar-siar di tepi sawah.Ternampaklah seekor lembu yang sedang meragut rumput.
"Besarnya haiwan itu!" kata anak katak terkejut kerana belum pernah melihat haiwan sebesar itu.Dek kerana takut, dia segera pulang ke rumah.
"Ibu, tadi saya nampak seekor haiwan yang sangat besar," beritahu anak katak pada ibunya.
Ibunya bertanya:"Adakah haiwan itu sebesar ibu?".Katak kecil itu mengeleng-gelengkan kepala."Ia lebih besar dari ibu!"jawabnya.
Si ibu mengembungkan badannya dan bertanya lagi:"Adakah sebesar ini?"
Anaknya tetap mengatakan haiwan itu lebih besar lagi.Ibunya terus mengembungkan badannya lebih besar lagi, lalu bertanya soalan yang sama.
"Tidak ibu, haiwan itu jauh lebih besar lagi,"jawaba katak kecil.
"Argh...! Mana mungkin ada haiwan yanug lebih besar daripada ibu. Cuba lihat, adakah ia sebesar ini?"kata ibunya, sambil terus cuba memaksa mengembungkan dirinya menjadi lebih besar.
Dan tiba-tiba...popppp!
Anak katak itu terkejut mendengar bunyi letupan itu. Badan ibu katak pecah kerana memaksa diri untuk terus mengembang.Ibu katak mati sia-sia kerana perbuatannya sendiri.
p/s: Janganlah kita merasa diri kita adalah yang terbaik dari yang lain.Tiada sesiapa yang sempurna.
cerita pendek yg penuh pengajaran, teruskan berblogwaking, saya dh follow, nanti follow back ye. www.makkahdihati.blogspot.com
ReplyDelete