Siput kecewa dengan dirinya.Mengapakah dirinya itu dilahirkan dengan memikul beban itu?Mengapa dia tidak seiringan dengan katak dan lintah melompat ke mana saja yang diingini?
"Engkau beruntung.Bebas nergerak ke mana saja.Tapi, lihatlah diriku ini.Harus membawa cangkerang yang tiada erti ini ke mana saja aku pergi.Ia satu bebas.Aku tidak tahu mengapa Tuhan jadikan aku malang begini," keluh siput kepada katak.
Mendengar keluhan siput, sang katak menjawab "Setiap yang dijadikan itu ada kebaikan dan keburukan.Kau mungkin melihat aku gembira melompat ke sana ke mari.Tapi, pernah kau melihat penderitaan kami?"
Belum sempat siput menjawab, tiba-tiba terbang laju seekor helang ke arah mereka.Siput segera menyorok masuk ke dalam cangkerang.Manakala katak pula cuba melompat untuk melarikan diri.
Ketika itu juga, dengan pantas helang menyambar katak dan membawanya terbang tinggi.Berakhirlah riwayat sang katak sedangkan si siput selamat kerana berada di bawah cangkerangnya itu.
p/s : betul apa yang dikatakan si katak tu
#salam sayang dari me
No comments:
Post a Comment