Setelah anda MENYAKITI seseorang

 
Sememangnya tidak ramai yang memiliki hati yang lunak.Kebanyakkan orang apabila sudah bergaduh dengan seseorang,dia akan menyimpan kemarahan itu selama-lamnya.Sesetengah kes dibawa ke mahkamah untuk membersihkan nama baik ataupun semata-mata untuk menjadi jutawan oleh wang pampasan.
Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang,kerana sesungguhnya di sana (di akhirat ) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran,(yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan),yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya."
(Bukhari)
Kita dituntut menyelesaikan segala kesalahan di dunia ini sebelum berpindah le alam akhirat, di mana jika ada apa-apa hak orang yang terambil mestilah dikembalikan dan jika tidak dapat hendaklah meminta pelepasan daripada pemiliknya.
Hal ini juga termasuk hak-hak Allah SWT hendaklah diselesaikan seperti qada amal-amal fardhu yang pernah ditinggalkan.
Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti orang adalah dosa.Oleh itu segeralah meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan.Jika tidak penyesalan yang amat besar ditanggung di akhirat kelak.
 
 
Sharing is caring
Kredit:Dr.HM Tuah Iskandar

3 comments:

  1. na'am.. jangan jadikan diri kita muflis di SANA nanti.. jaga muamalat dan muasyarah.. barulah ibadah dapat dilakukan dengan baik..

    ~syukran atas perkongsiaannya..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, terkesan sangat ngan entry ni..terima kasih kerana saling mengingatkan ... :)

    p.s : entri2 macam ni la yang mengingatkan kita tentang kematian ... :)

    ReplyDelete
  3. jln2 sini....tq for sharing good info...

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com