Anekdot 3

   Sang arnab benci melihat ekornya yang pendek dan buruk.Dia mahukan ekor yang cantik seperti sang merak, panjang, berwarna warni.Semua orang memuji kecantikan ekor merak.
   Datanglah arnab menemui merak.Hajatnya mahu meminjam ekor sahabatnya itu.
"Wahai merak, ekormu sangat cantik.Berilah aku peluang untuk merasai kehebatan ekormu    itu," kata arnab.
   Merak tidak kisah.Untuk mengembirakan hati sahabatnya itu, dia meminjamkan ekornya.Alangkah gembiranya sang arnab.Dipakainya ekor merak itu.Berlarilah dia ke sana ke mari sambil mengibaskan ekornya yang cantik.
   Sewaktu sang arnab asyik menari, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan.Rupanya seorang pemburu cuba menembak arnab yang disangkakan seekor merak.Mujur tembakan itu tersasar.
   Berlarilah arnab masuk semula ke hutan menemui sang merak.
Kata arnab,"Nah! Aku kembalikan semula ekormu.Biarlah ekorku pendek dan buruk, asalkan aku selamat tidak jadi buruan kerana mempunyai sesuatu yang cantik begini!"

p/s: bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ini

#salam sayang dari me

2 comments:

Copyright by ungutinta.blogspot.com