Cerita : Apalah guna ilmu yang ditimba selama ini...

    Al kisah di sebuah kampung, bertemankan dua orang sahabat baik.Mereka bersekolah, bermain dan membesar bersama-sama.Tamat zaman persekolahan, mereka membawa haluan masing-masing.
Seorang daripadanya mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sehingga berjaya menjawat profesor di universiti terkenal.Dan seorang lagi hanya tinggal di kampung, menjadi nelayan kecil-kecilan.
   Si nelayan yang mendapat tahu sahabat lamanya telah pulang mengajak temannya itu ke tengah lautan menaiki perahu kecilnya yang usang.Sewaktu dalam perahu berbuallah kedua-dua sahabat karib ini.
  "Kau boleh berbahasa Inggeris?" tanya sang profesor kepada si nelayan.
  "Ah, aku tak pandai sangat.Maklumlah sekolah pun tak tinggi.Sekadar jadi nelayan, aku hanya abdikan hidupku untuk laut," jawab si nelayan tersenyum.Dia sedar dirinya tidaklah sebijak profesor itu.
  "Ruginya kat tak belajar tinggi.Kalau kau pandai bahasa Inggeris lebih mudah untuk kau faham apa yang ditulis dalam buku.Bila melancong ke luar negara pun, lebih mudah untuk kau komunikasi.
  "Orang asing mana faham bahasa Melau.Kau tahu, kalau tak reti berbahasa Inggeris ni, samalah seperti kau dah hilang 50 peratus hidup kau," si profesor mula megah dengan ketinggian ilmunya.
  Si profesor bertanya lagi: "Macam mana pula dengan ilmu matematik?"
  Si nelayan mula terasa terhina, namun masih menjawab dengan rendah diri : "Kalau setakat tambah dan tolak, aku masih boleh mengira.Tapi, kalau yang susah, aku tak pandai!".
  Jawapan sahabatnya itu membuat si profesor lebih angkuh. Tiba-tiba keadaan laut mula bergelora.Cuaca yang tadinya terang berubah menjadi mendung.Ombak semakin kuat menghempas perahu kecil itu.
  Si profesor yang tidak biasa dengan keadaan itu menggenggam kemas birai perahu.Wajahnya jelas ketakutan.
 "Jangan takut wahai sahabatku.Jika cuaca begini, adalah perkara biasa ombak besar akan melanda," kata si nelayan tenang.
  "Jika perahu ini terbalik, masih belum jauh untuk kita berenang semula ke tepian pantai," tambah si nelayan dengan harapan dapat menenangkan sahabatnya itu.
  Si profesor tiba-tiba menerpa ke depan lalu memeluk temannya itu sambil menangis ketakutan: "Tolonglah! Aku tak tahu berenang.Sebab itu aku takut sangat jika perahu ini terbalik dan humbankan kita ke tengah laut!". Si nelayan hanya tersenyum mendengar rayuan sahabatnya.
  "Apalah guna segala ilmu yang kau timba selama ini sahabatku, jika kau tidak boleh berenang.Sedangkan tadi kau kata, aku mensia-siakan 50 peratus hidupku kerana tidak boleh berbahasa Inggeris.
  "Tetapi, sekarang kau pula bakal kehilangan 100 peratus hidupmu, jika kau tidak mampu berenang dalam saat cemas dan laut bergelora seperti sekarang," balas si nelayan tersenyum melihat sang profesr panik dan asyik memegang tepi perahu sekuat hati

p/s : Sebagai hamba-Nya janganlah kita terlalu bermegah dan riak dengan segala kejayaan yang telah kita kecapi mahupun ilmu pengetahuan yang kita miliki.Setiap hamba-Nya yang dilahirkan ke dunia diberikan Allah pelbagai anugrah dan ilmu yang berbeza-beza antara satu sama lain.Oleh itu, jangan sekali-kali kita memperlekehkan orang lain yang nasibnya mungkin tidak sebaik kita..Waallahualam

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com