Tuah : Bertuahkah kita?


Bertuahnya kita kerana masih punya ibu dan bapa.Boleh berdampingan dan berkasih sayang dengan mereka.Tapi, bertuahkah kita bila kesedaran itu hanya datang bila mereka sudah tiada?
Bertauhnya kita, selepas setahun berkahwin dikurniakan anak yang comel.Tapi, bertuahkan kita bila anak yang comel itu tidak dididik sebaik mungkin dan mereka membesar menjadi penagih, perompak atau pengkhianat negara?
Bertuahnya kita, apabila bangun daripada tidur, kita masih bernafas seperti biasa. Tapi, bertuahkan kita bila nyawa yang dikurniakan itu tidak digunakan sebaik mungkin, sebaliknya hanya dihabiskan untuk perkara sia-sia?
Bertuahnya kita, apabila tamat belajar dapat kerja bagus, gaji besar dan hidup dalam kesenangan. Tapi bertuahkah kita apabila kesenangan itu menjadikan kita sombong, bongkak dan melupakan mereka yang susah?
Bertuahnya kita apabila punya jam tangan Rolex, kasut Jimmy Choo, baju Marc Jacob, beg tangan Luois Vuitton yang harganya ribuan ringgit. Tapi bertuahkan kita bila semua itu diperoleh dengan berhutang?
Kita sebenarnya insan bertuah di atas muka bumi ini.Tuah juga sentiasa menyebelahi kita. Tapi, adakah kita tergolong sebagai insan bertuah yang menggunakan tuah itu sebaik mungkin?

p/s : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu :)

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com