Pengalaman : Tips awal sebelum banjir

Assalammualaikum...

Sejuknya...sekarang kan musim hujan dan berangin..kena pakai baju yang tebal sikit, bagi mengelakkan badan menjadi dingin supaya tidak aachumm..!!! (selesema la... :p)
Bila hujan tak berhenti-henti membuatkan hati me risau yang amat.Takut air naik dan banjir. Al maklumlah kawasan kampung yang me tinggal sekarang ni pernah banjir. Banjir yang paling teruk pada tahun 2006 dan seterusnya tahun 2010..
Bila dengar daerah dan kawasan yang berhampiran dah naik air lagi la buat me risau..sekarang ni pun me dalam keadaan berjaga-jaga..walaupun dah ada pengalaman menghadapi situasi banjir tetap perlu berwaspada..sebarang kemungkinan kan boleh berlaku..
Gambar ehsan me ambil dari FB.Keadaan air sungai di bandar Segamat
So, dalam entri kali ni me nak kongsi beberapa langkah yang perlu di buat bila hujan berlanjutan tak berhenti dan menunjukkan tanda-tanda yang kawasan uolls itu akan banjir.( mengikut pengalaman dari diri me sendiri ye..)

  1. Jangan panik. :)
  2. Letakkan dokumen,barangan yang berharga seperti kad pengenalan,surat beranak,sijil-sijil,barang kemas ke dalam satu beg khas dan letakkan di tempat yang mudah di capai bila di arahkan untuk berpindah
  3. Andai di rumah ada buat simpanan stok makanan seperti tepung,gula,mee segera dan sebagainya asingkan juga di tempat yang selamat. Bekalan makanan ini boleh di gunakan sementara menunggu agihan bantuan makanan.
  4. Sediakan segala ubat-ubatan yang berguna seperti panadol,koyok,minyak angin,plaster luka dan sebagainya.Juga sediakan juga lampu suluh atau lilin. (kadang-kadang kalau banjir, elektrik akan diputuskan)
  5. Sediakan juga barangan peribadi khusunya bagi kaum wanita dan bayi seperti tuala wanita, tuala, lampin pakai buang dan sebagainya.
  6. Pesan pada anak-anak atau adik beradik untuk tidak sesuka hati bermain air banjir tanpa pengetahuan orang dewasa.
  7. Bila air dah mula naik selamatkan dulu orang-orang tua dan budak-budak kecil ke tempat yang selamat
  8. Ikuti perkembangan terkini mengenai banjir dari semasa ke semasa dan dengar arahan dari pihak berkuasa
Langkah-langkah kat atas tu berdasarkan dari pengalaman me yang pernah melalui situasi banjir.Kalau ada di antara uolls semua pernah melalui situasi macam me boleh kongsi cerita,pengalaman kat dalam ruangan komen ye... :)

p/s: time banjir makan apa pun tetap rasa sedap... :)

2 comments:

  1. time banjir ni.. mmg kna beringat aje... terutama anak-anakkan.. diorg suka aje tgk air ni.. nice tips... :-)

    ReplyDelete
  2. hm.. harapnya tak sampai putrajaya lah.. uhuh.
    tips yg berguna utk musim banjir ni..
    :)

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com