Info : 10 Pengurus bolasepak termahal di dunia

Saja je me nak share info pasal pengurus pasukan bolasepak termahal di dunia ni kat uolls semua..mana la tahu ada yang berminat nak tahu kan..ok la,jom baca kat bawah ni


  1. Fellipe Scolari (16.6 juta Euro setahun = RM 71.57 juta) ~ Lahir pada 9 November 1948 di Passo Fundo,Brazil.Scolari terkenal dengan sifat panas barannya ketika perlawanan di padang.Mendapat jolokan nama "Big Phil" mula terkenal apabila membawa Brazil menjuarai Piala Dunia 2002
  2. Jose Mourinho (11 juta Euro setahun = RM 47.43 juta) ~ Lahir 26 Januari 1963 di Setubal,Portugal.Maurinho dikenali dengan gaya rapi dan aneh yang sering memancing kontroversi dalam siaran media.Namanya mula menonjol ketika meraih Liga Champion 2004 bersama FC Porto.
  3. Fabio Capello (10 juta Euro setahun = RM 43.11 juta) ~ Lahir pada 18 Jun 1946 di San Canzian d'Isonzo,Itali.Pengurus yang mementingkan hasil kedudukan permainan.
  4. Sir Alex Ferguson (7 juta Euro setahun = RM 30.18 juta) ~ Di lahirkan pada 31 Disember 1941 di Glasgow,Scotland.Ia merupakan salah satu pengurus terbaik sepanjang masa.Merupakan tokoh penting di sebalik berdirinya empayar raksasa Eropah, Manchester United.
  5. Roberto Mancini ( 6 juta Euro setahun = RM 25.87 juta) ~ Lahir 27 November 1964 di Ancona,Itali.Sangat menyukai tipikal formasi penyerang.
  6. Carlo Ancelotti (6 juta Euro setahun = RM 25.87 juta) ~ Lahir 10 Jun 1959 di Reggiolo,Itali.Puncak kejayaanya sebagai pengurus apabila berjaya meraih berbagai piala bersama kelab AC Milan.
  7. Manuel Pellegrini (5.5 juta Euro setahun = RM 23.71 juta) ~ Lahir pada 16 September 1953 di Santiago,Chile.Kerjayanya banyak dihabiskan dengan pengurus sejumlah kelab-kelab di Amerika Latin.
  8. Louis Van Gaal (5.2 juta Euro = RM 22.42 juta) ~ Lahir di Amsterdam,Belanda pada 8 Ogos 1951.Memulai kerjaya jurulatihnya bersama Alex Amsterdam dan telah meraih pelbagai title bersama kelab tersebut.
  9. Guus Hiddink (5 juta Euro setahun = RM 21.56 juta) ~ Lahir pada 8 November 1946 di Varsseveld,Belanda.Berbagai kelab dan negara telah merasakan sentuhan manis Hiddink.Salah satu prestasinya adalah membawa pasukan nasional Korea Selatan sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2002.
  10. Arsene Wenger (4.8 juta Euro setahun = RM 20.69 juta) ~ Lahir di Strasbourg,Perancis pada 22 Oktober 1949.Merupakan saingan abadi dengan Alex Ferguson baik di media mahupun di padang.Mendapat jolokan nama "Professor" menjadikannya antara pengurus berjaya membangunkan Arsenal menjadi sebuah pasukan yang terbaik di BPL mahupun di Liga Champions.
p/s : Agak-agaknya jurulatih kat negara kita ni berapa nilainya ye... :)

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com