Usaha : Jangan di nilai dari luaran

Assalammualaikum

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Disember.Bulan yang terakhir dalam kalendar Masihi kan... 
Dan...umur kita pun akan semakin bertambah juga...hehehe

Ehh...gambar apa pula kat atas tu kan...macam tin biskut je kan..hehehe
Itu bukan tin sebarang tin biskut tau..tin biskut berisi wang besar.. :)
Tin biskut tu la tabung simpanan me...bila dah gaji me akan simpan duit dalam tin tu sikit..kenapa me letak nama tin tu tabung kosovo ek...?Sebabnya duit dalam tin tu la me akan guna bila waktu terdesak..lebih-lebih lagi bila dah nak hujung bulan kan.. :p Maksudnya tabung itu akan digunakan bila tiba waktu darurat..
Tujuan me bukannya nak menunjuk-nunjuk, tetapi me cuma nak mengingatkan diri sendiri dan uolls semua bahawa kita mesti ada simpanan walaupun sedikit untuk kegunaan waktu kecemasan dan juga untuk masa depan.. :) Me percaya setiap bulan uolls semua pasti akan buat kira-kira perbelanjaan masing-masing kan..jika ada lebih apa salahnya kita simpan sedikit selain dari potongan dari gaji kita setiap bulan kan...
"Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit"

p/s : Mula tahun depan takrif elektrik dah naik...mula kan dari sekarang kita belajar berjimat cermat :)



No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com