Anekdot : Cerita pasal susu

Me nak kongsi beberapa cerita pendek..Jom baca jap :)


Anekdot 1
Di kandan, si ayah sedang memerah susu kambing. Di rumah pula, anak perempuannya sedang mengisi susu kambing yang segar itu ke dalam botol untuk di jual. Di belakang rumah pula, si ibu sedang memberi minum anak kambing yang kehausan dengan susu lembu. Keluh anak kambing dalam hati : "Tak dapat susu ibuku, susu lembu jadilah."

Anekdot 2
Di sebuah rumah banglo, seorang ibu muda jelita sedang membancuh susu. Untuk suami tersayang, dihidangkannya susu kambing segar. Kan khasiatnya baik untuk kesihatan. Manakala untuk bayinya pula, dia membancuh susu formula. Eh, itu susu mahal tau. Susu dari baka lembu terbaik ditambah dengan kandungan makanan tambahan yang bagus untuk pembesaran bayinya. Ibu jelita itu tahu, dia sudah memilih susu yang terbaik untuk keluarganya.

Anekdot 3
Di sebuah ladang penternakan lembu, para pekerja sibuk memerah susu. Permintaan tinggi. Susu itu akan dijual. Boleh diminum segar atau diproses menjadi susu formula dan keju. Tidak ada hari susu ibu-ibu lembu itu tidak akan diperah. Manakala anak-anak lembu hanya menatap sayu. Keluh anak lembu dalam hati : "Air susu ibuku yang sepatutnya jadi hak aku telah dirampas untuk diminum manusia dan kambing."

Anekdot 4
Suara hati anak lembu didengari oleh anak kambing. Lalu dengan kuasa telepati, anak kambing pun menjawab: " Sahabat, jangan salahkan aku minum susu daripada ibumu. Aku sendiri pun gagal minum susu ibuku kerana ia telah dirampas oleh manusia."

Anekdot 5
Suara hati anak kambing didengari oleh si bayi. Lalu bayi itu juga menjawab :"Maafkan aku wahai anak lembu kerana aku telah meminum susu ibumu yang sepatutnya menjadi hak kamu. Jika aku diberi pilihan, aku lebih suka minum air susu ibu sendiri daripada susu ibumu(lembu). Tapi, aku tidak boleh memilih kerana pilihan itu terletak di tangan ibuku."

Kredit : Majalah Mastika

p/s : susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak :)

4 comments:

Copyright by ungutinta.blogspot.com