Bercuti : Kami dah datang...


Assalammualaikum

Cantik tak gambar sunset kat atas tu..cantik kan..semua ciptaan Allah cantik..Gambar sunset tu me ambil di tepian pantai dekat dengan resort yang me pergi bercuti..kalau uolls ada yang tak tau me pergi bercuti kat mana boleh klik klik sini :)
Walaupun tak lama me pergi bercuti tapi memang best..sebabnya me dapat mandi laut...yeayyy :)
Bilik penginapan me pula memang berhadapan dengan laut memang rasa betul la berada di tepian laut..Bila tidur memang dengar bunyi ombak menghempas pantai..sampai sekarang memang terasa bayu laut tu..
Tempat penginapan yang telah me sewa ni ada menyediakan ruangan untuk buat BBQ dan ada juga menyediakan hiburan karaoke selain dari menyediakan peralatan untuk buat sukaneka...pada uolls yang nak pergi bercuti tapi budget tak besar me syorkan boleh la pergi ke sini...yang penting adalah masa berkualiti bersama keluarga kan :)
Ok la..jom layan gambar keseronokan,kandid dan gambar kepuasan me bersama dengan keluarga dan sepupu sepapat me... :)

Menghayati matahari terbenam di dalam air..memang owesome la :)

Acara karaoke dan BBQ..serta sambutan hari ulangtahun pakcik me...sedap kek coklat tu..homemade tau :)
Antara aktiviti yang dijalankan di tepi pantai..masa ni lebih teruja nak berendam dalam air dari join aktiviti tau
Antara keletah sepupu sepapat me di dalam air..Aktiviti yang me suka buat lompat ke dalam air..tapi hakikatnya me tak pandai berenang pun...hehehe

p/s: setelah seminggu baru me dapat update dan masukkan gambar dalam blog..almaklumlah dah hujung-hujung tahun ni banyak pula kerja yang perlu disiapkan... :)











2 comments:

Copyright by ungutinta.blogspot.com