Info : Tahu tak?

  Jom baca kat bawah ni :)
  • Tidur sekejap pada waktu siang dapat mengurangkan risiko tekanan sehingga 40 peratus.Tetapi jika anda lakukan ia di pejabat dan disaksikan oleh bos, nescaya risiko tekanan anda bakal menerima memo atau dipecat akan meningkat !
  • Kajian saintis mendapati, perbuatan menutup mata seketika sewaktu berfikir akan memudahkan manusia untuk mengingati.Tetapi, jika anda lakukan ketika memandu nescaya anda menghampiri ajal
  • "YAHOO" - merupakan satu portal dan enjin pencarian paling popular di internet.Nama "YAHOO" adalah singkatan daripada "Yet Another Hierarchical Officious Oracle" yang telah diilham oleh dua orang pelajar.
  • Jika seluruh batu pada Tembok Besar China diceraikan lalu disusun satu persatu,panjangnya cukup untuk mengelilingi bumi.
  • Bayangkan sebuah gelas kaca.Jika ia pecah hanya perlukan kelajuan masa 0.0005 saat untuk retakan itu berkembang sepanjang 4 inci.
  • Belang harimau bukan hanya pada bulunya, tetapi juga pada kulitnya.Ia berbeza dengan lelaki kerana lelaki berhidung belang tidak nampak belangnya pada hidung atau pada bulu hidungnya...hehehe
  • Hutan hujan Amazon adalah hutan yang paling luas meliputi 9 buah negara.Dalam kawasan hanya seluas 1.6 kilometer persegi dalam hutan ini mengandungi kira-kira 3000 jenis spesies tumbuhan.
  • Menurut kajian, secara purata kita menuturkan 30,000 patah perkataan sehari.Jika jumlah perkataan itu dituturkan tanpa henti, ia akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk dihabiskan.

1 comment:

Copyright by ungutinta.blogspot.com