Kes orang hilang : Makin membimbangkan

Assalammualaikum

Uolls dah baca berita dalam suratkhabar KOSMO(27/12/2013) bertajuk "4998 kes orang hilang dilapor"..?
Memetik kata dari Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye katanya, "Seramai 22337 orang atau 45 peratus daripada kes orang hilang yang direkod pada tahun ini adalah golongan remaja berumur 18 tahun ke bawah.."
Katanya lagi, " Statistik dalam tempoh itu turut menunjukkan tahap membimbangkan apabila hanya 2382 orang atau 48 peratus sahaja yang berjaya ditemui semula.."

Tak sampai separuh peratusan orang hilang yang ditemui.Di manakan baki peratusan yang tinggal tu pergi..?
Jumlah orang hilang yang dinyatakan di atas tu memang membimbang kan me..mungkin dari sehari ke sehari angka-angka tersebut akan meningkat.. :( Make me worried
Kes orang hilang ini mungkin berlaku atas beberapa faktor antaranya : (pada pendapat me)
  1. Mudah terpengaruh dengan pujukan kawan/teman terutamanya yang baru kenal (contoh : kenal melalui FB,Twitter dan sebagainya)
  2. Mungkin mengalami masalah dengan keluarga (ambil jalan mudah dengan melarikan diri)
  3. Ingin mencari kebebasan hidup
  4. Lari ikut kekasih
Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak berada di dalam keadaan yang selamat.Bukan perlu mengongkong hidup tetapi cuba dekati anak-anak secara diplomasi.Pantau aktiviti anak-anak bukan halang dari anak-anak beraktiviti.Banyak luangkan masa bersama anak-anak.
Apa yang me luahkan di entri kali adalah pendapat dan sekadar renungan kita bersama tau :)




1 comment:

  1. ibu bapa kena lebih peka ttg anak2..tidak la bila dah hilang baru perasan..

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com