Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul


Assalammualaikum

Kali ni me join segmen dari Abe Mirul.Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara blogger yang ada di Malaysia ni..selain itu kita juga boleh berkenal kenalan antara satu sama lain kan..
Kalau uolls nak join klik je kat gambar kat bawah ni :)


Dalam segmen ni, Abe Mirul ada suruh kita ceritakan bagaimana kita mula berminat dalam dunia blog ni.
So, uolls kena la cerita serba sedikit secara ikhlas kenapa uolls terjebak dalam dunia blog ini.
Dalam entri ni me nak kongsi bagaimana me boleh terjebak dalam dunia blog ni.
Sebenarnya me mula kenal dunia blog ni dari pensyarah kat kolej me dulu pada tahun 2008.Pada asalnya hanya sebagai assignment untuk menambah markah final exam.Dan akhirnya berterusan sehingga sekarang.Tetapi di sebaliknya, sebenarnya blog me telah terbengkalai 2 tahun.Sebabnya selepas habis belajar me banyak habiskan masa dengan mencari kerja.Dari satu kerja ke satu kerja.Sehinggakan me lupa pada kewujudan blog ni.Me hanya aktif berblog semula pada tahun lepas.Nama blog me sebelum ni ialah Duniaku tetapi telah di tukar kepada nama Ungu Tinta - bila lidah berbicara - perkongsian ilmu berilmiah - sekadar coretan isi hati -
Sepadan dengan tagline blog me tu, entri me kebanyakkan menceritakan pasal info,tips,cerita pendek, dan apa yang berlaku dalam hidup me.Memang blog me tak se gah dengan blog-blog yang lain tapi ianya adalah lahir dari keikhlasan hati untuk berkongsi apa saja ilmu,info yang me baca kepada pembaca semua.Apa yang me harapkan segala info,ilmu dan apa yang ada dalam entri blog me dapat memberikan para pembaca sesuatu yang bermanfaat dan tak sia-sia..inshaAllah... :)

1 comment:

  1. Lama tu terbengkalai. Bab tukar nama blog tu, saya pun banyak kali gak tukar. Hehe.

    Terima kasih Cik Ungu.

    nantikan maklum balas saya. :)

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com