Pengutip gula-gula getah

Jika bercakap pasal kebersihan, semua orang ingat membersihkan kawasan, mencuci longkang, tandas dan sebagainya.Tetapi ada tak uolls terfikir di sebalik membersihkan kawasan pasti ada serpihan gula-gula getah yang bersepah-sepah.Dan uolls ada tak pernah terdengar kerjaya yang menawarkan khidmat khas mengutip gula-gula getah?
Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang janggal dan kelakar tetapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud.Jawatan tersebut di beri nama sebagai Gum Removal atau pengutip gula-gula getah.Pekerjaan ini hanya ada di beberapa tempat sahaja seperti di Washington, Amerika Syarikat.
Kerjaya mengutip gula-gula getah ini bertanggungjawab memastikan seluruh kawasan di Washington khususnya bersih dari gula-gula getah.Difahamkan kerjaya pengutip gula-gula getah ini boleh mencecah sehingga 5 angka...(banyak tu..kalah gaji me...)Cuba uolls bayangkan betapa lumayannya, jika dipilih menjadi salah seorang pengutip gula-gula getah...hihihi

Gambar kat atas tu menunjukkan pekerja sedang mengutip gula-gula getah yang melekat di jalan dengan menggunakan mesin yang khas.
Gambar kat atas tu pula adalah peralatan khas yang digunakan untuk mencuci kesan kotoran hitam gula-gula getah.
Seperti yang sedia maklum, negara jiran kita Singapura telah mengadakan undang-undang larangan memakan gula-gula getah kepada rakyatnya kan...tujuannya adalah untuk memastikan negara mereka bersih dan tiada kesan kotoran akibat daripada gula-gula getah ini.
kat Malaysia belum ada lagi larangan memakan gula-gula getah lagi kan...mungkin sebab rakyat kita ni pembersih kot..tahu makan tahu buang...tetapi ada juga yang tahu makan tapi tak tahu buang kat mana kan...
So, jawatan pengutip gula-gula getah belum wujud lagi kat Malaysia...hehehe

p/s : isu pembuangan sampah yang tidak terkawal menjadi salah satu isu yang hebat di perdebatkan...


3 comments:

Copyright by ungutinta.blogspot.com