Kadang-kadang datang lupanya

Assalammualaikum

Semenjak negeri Johor bertukar cuti hujung minggu ni, me actually macam biasa je sebab hujung minggu memang me kerja.Tapi ada masanya me terkeliru juga juga...hihihi
Yela, sebelum ni sabtu dan ahad me ada buat training class komputer..tapi bila dah tukar cuti hujung minggu ni kadang-kadang me terlupa hari..
Bagi penjawat awam yang bekerja di negeri Johor, mesti pada awalnya agak kekok kan nak bekerja pada hari ahad.Tapi kalau tak silap me awal tahun 1990-an keadaan seperti ini pernah berlaku juga.Pada awal tahun 1990-an tu me baru masuk alam persekolahan, so sempatlah me bersekolah pada hari ahad.
Sebenarnya tak ada perubahan sangat bila kene bekerja dan bersekolah pada hari ahad.Yang penting hari Jumaat cuti dan dapat tumpukan lebih pada ibadah kan..itulah tujuan utama perubahan cuti hujung minggu ini di ubah..semoga niat baik ni diberkati oleh Allah..inshaAllah
So, selepas negeri Kedah,Kelantan dan Terengganu yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad, negeri Johor pula telah mengikut jejak langkah bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.
Agaknya lepas ni ada lagi tak negeri lain mengikut jejak langkah ke empat-empat negeri ni..

p/s : selepas ni kena plan buat kerja kahwin hari Jumaat la...hihihi


1 comment:

  1. Salam singgah ; alah bisa tegal biasa..lama kelamaan ok.lah tu. Harap semua negeri ikut jejak.

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com