Perginya seorang SAHABAT

                Salam semua sahabat me...pada tanggal 28 September 2012 me telah kehilangan seorang sahabat yang telah me anggap sebagai adik sendiri..pemergian arwah cukup memeranjatkan me dan sahabat-sahabat me yang lain..tapi kami redha dengan pemergian arwah..yang hidup lawannya mati...
                Me tak dapat melawat jenazah tapi me telah sempat melawat keluarga arwah dan menziarahi pusara arwah bersama-sama dengan sahabat me yang lain...arwah sahabat me telah lama menderita sakit kanser dan arwah juga telah terlalu banyak menjalani kimoterapi...bermacam-macam jenis ubat telah arwah makan dan mak ayah arwah juga telah berusaha sehabis mungkin bagi melihat arwah sihat semula...namun kuasa penyembuh sebenar adalah di tangan Allah swt..Allah swt lebih sayangkan arwah..
               Segala kenangan yang tercipta ketika bersama-sama dengan arwah sentiasa segar dalam ingatan..gelak tawa,senyuman,suka duka ketika sama-sama menuntut di kolej dulu akan me dan sahabat me semua kenang sampai bila-bila..
              Semoga Allahyarhamah Nor Hidahyu Bt Yem di tempatkan di dalam golongan yang beriman..dan tenang 'di sana'..aaminn...
AL-FATIHAH


p/s: setiap yang hidup pasti akan mati..cuma kita sahaja yang tidak tahu bila,bagaimana dan di mana..sama-samalah kita sentiasa menjaga serta menambah iman dan ibadah sebagai bekalan kita 'di sana'..insyaAllah

#salam sayang dari me


No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com