Desiran ombak,hamparan pasir putih, serta lautan yang membiru pasti menjadi idaman setiap insan yang mahu lari daripada kesibukan kota...jadi tidak hairanlah ramai yang memilih pulau-pulau untuk menenangkan diri dan fikiran..
Kali ini me nak senaraikan pulau-pulau yang "awesome" di Malaysia :
- PULAU TIOMAN - Pulau ini cukup popular di seluruh dunia semenjak tahun 1960-an lagi.Majalah TIME turut menyenaraikan pulai ini sebagai "pulau terbaik dunia" pada tahun 1970-an.
- PULAU PERHENTIAN - Menjadi pilihan utama para 'backpackers' yang rata-ratanya datang untuk mnikmati keindahan alam semula jadi serta hidupan laut.
- PULAU LANGKAWI - Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini serta pusat membeli belah pada kadar yang murah
- PULAU PINANG - Destinasi makanan dan kebudayaan pastinya menjadi tarikan pada negeri ini.Bandar Georgetown telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
- PULAU LABUAN - Terletak di antara Sabah dan Sarawak menjadi naungan Wilayah Persekutuan.Keistimewaannya sebagai pusat kewangan pesisir pantai menjadikannya terkenal di kalangan para pelabur.
- PULAU LAYANG-LAYANG - Keindahan terumbu karang menjadi tumpuan utama para pelancong terutamanya para penyelam skuba.Pulau yang berada di Kepulauan Sparatly ini menjadi antara 10 lokasi menyelam terbaik dunia.
- PULAU SIPADAN - Jacques Cousteau, seorang penjelajah bawah laut terkenal telah menggambarkan Sipadan sebagai hasil seni yang tidak pernah disentuh.Menjadi lokasi wajib setiap tahun kepada penyelam skuba,pulau ini secara rasminya menjadi milik Malaysia pada 2002.
- PULAU RAWA - Pulau ini dimiliki oleh keluarga Diraja Johor terletak 16 kilometer dari pantai semenanjung Malaysia.Menjadi tumpuan popular pelancong dari Singapura yang menjadikan pulai ini sebagai lokasi berhujung minggu.
- PULAU REDANG - Selain dikelilingi dengan pasir memutih,pulau ini juga didiami pelbagai hidupan liar seperti monyet,rusa dan biawak.
- PULAU PANGKOR - Kedudukan geografinya berdekatan Lembah Klang menjadikan pulau ini pilihan warga kota.Pulau ini mempunyai pelbagai kemudahan penginapan daripada bertaraf enam bintang hinggalah motel yang diusahakan penduduk tempatan...
#salam sayang dari me
No comments:
Post a Comment