KAUM HAWA : Berhati-hatilah walau di mana berada

Entri kali ini me hendak berkongsi dengan semua berkaitan dengan ilmu " PUKAU "

Ilmu pukau sering dikaitkan dengan kegitan jenayah yang bertujuan meletakkan mangsa berada di bawah sedar sehingga memudahkan penjenayah mengambil kesempatan seperti melarikan wang dan barang kemas mangsa.

Apa itu PUKAU?
- sejenis ilmu sihir yang bertujuan menjadikan mangsa tidak sedar dan keliru dengan apa yang berlaku.
- sihir adalah perbuatan berkaitan dengan jin dan syaitan sehingga menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
- ilmu pukau ini berbeza sama sekali dengan kaedah hipnosis.  Kaedah hipnosis berbeza kerana pesakit boleh dikawal sepanjang masa

Kaedah PUKAU
ikhsan dr mr.google
  • pukau menggunakan gambar penuh mangsa di laman sosial
  • hembusan asap rokok
  • renungan mata
  • jampi SMS
  • bersalaman
  • tepuk bahu
  • buang najis, pakaian buruk di hadapan rumah
  • senyuman 

Golongan yang mudah di PUKAU
  • individu yang lemah semangat, didatangi haid, ada saka, mudah percaya atau taksub perkara tahyul
  • meninggalkan amalan wajib
  • tidak menutup aurat
Antara tanda-tanda individu terkena ilmu PUKAU
  • nampak sesuatu yang sebaliknya, misalnya hodoh bertukar cantik
  • jantung berdebar-debar
  • menerima panggilan senyap
  • sakit belakang badan 
  • sakit kepala khususnya menjelang maghrib
Antara cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa PUKAU
  • menjauhkan diri dari orang yang tidak dikenali
  • jangan mudah percaya kepada seseorang tanpa usul periksa
  • amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali lepas solat fardhu, surah Yassin (ayat 9), surah As-Soffat (ayat 6), dan surah Yunus (ayat 81 dan 83) sebagai pendinding diri
  • setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya
  • sentiasa menjaga solat
  • kalu boleh sentiasa di dalam keadaan berwudhuk sebagai perisai dari iblis.
Me harap dengan serba sikit perkongsian ilmu berkaitan dengan PUKAU ini dapat membuatkan kita semua khususnya kaum hawa lebih berhati-hati menjaga diri tidak kiranya pada yang kecil mahupun yang sudah dewasa...yang bujang ataupun yang sudah berkahwin..semoga dengan ilmu yang tidak seberapa ini dapat menjadi panduan untuk kita di masa akan datang..insyaAllah

#salam sayang dari me

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com