Mengapa mimpiku panjang sekali sehingga aku terlena dalam arus yang mengkhayalkan...
Sekali pun tidak pernah terlintas di hati ini bahawa mimpiku akan berakhir dengan realiti...
Tersungkur aku..Ya Allah..
di dada bumi-Mu yang telah hilang merah..betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari padahal rembulan sudah lama menghuni..
Tuhanku...
Andainya aku tersasar jauh dari jangkauan-Mu, kembalikanlah aku dalam selimut kasih-Mu supaya aku tidak tergolong dalam kalangan yang tertipu bukan oleh siapa-siapa tetapi tertipu oleh bayang-bayang sendiri..
Tiada apa yang aku inginkan selain kelestarian sebuah bahtera kehidupan yang kulayari bersama dia...ditemani kuntum-kuntum cinta kami...
Namun andai tiba-tiba berpusar ganas riak yang tenang, taufan melayang tanpa undangan...tunjukkanlah aku jalan supaya lidahku tidak terus kelu..juga agar lidahku tidak membidas buas..
Lontarkanlah buah-buah bahasa yabg mampu menyusup ke hati seorang lelaki...
seorang lelaki yang dahulu pernah membawa kau berlari lari di sekitar pelangi yang sama-sama meredah belantara, meneruni lembah, mengharung onak...dan kami bahagia..
Tuhanku...
Barangkali pengertian bahagia dari sudut pandanganku jauh sekali dengan pengertian dari sudut pandangan dia...
Barangkali dia sudah puas berada di puncak bahagia bersamaku..lalu dia meneruni lembah untuk mencari kebahagiaan yang baru...
Mungkin kerana saban hari aku meneguk secawan luka, menghirup secangkir lara, aku menjadi biasa. lantas, luka itu mampu ku rawat sendiri..
Lara itu kujahit sendiri...
ikhsan dr mr.google |
Tuhanku...
Di dada sejadah ini, KAU hentikanlah lelehan air mataku...
keringkanlah air mata perempuanku dan kontangkanlah luluhannya buat seorang insan bernama lelaki...
kerana hakikatnya seorang lelaki tetap bernama lelaki hingga ke akhir azali...
ku fahami kini...andai KAU gersangkan seluruh perasaan cintaku terhadap dirinya..kuterima...
andai KAU redakan gelombang rindu yang suatu tika dulu begitu hebat buatnya...
Aku pasrah..andai KAU kemaraukan sumur kasih yang melimpah ruah buatnya suatu ketika dahulu...
Yang pasti...aku akan tetap diladanginya..menaungi kuntum-kuntum cinta kami..selama KAU kehendaki..aku sentiasa di sini...
Duka itu mungkin menjadi manis sekali di kala ku paut erat tiang yang KAU beri...
Tuhanku...
Kupanjatkan kesyukuran yang tidak bertepi di atas segala limpah kurnia yang KAU beri..Basahkanlah hatiku ini dengan air mata keinsafan sepertimana pipiku pernah basah di kala sedih dan pilu mengasak...
Sesungguhnya..siapalah aku untuk menidakkan takdir yang terindah ini apatah lagi untuk menentangnya...
Aku redha..Ya Allah...
*hasil nukilan dari insan yang kerdil
#salam sayang dari me
No comments:
Post a Comment