Blackoutt....Kene Karen....!!!

Tarikh 7 September 2012 bersamaan dengan 20 Syawal (Jumaat) yang lalu, maka terjadilah satu peristiwa yang me sendiri tak jangka berlaku...sedikit sebanyak beri juga kesan pada diri me sendiri...( mcm suspen je bunyi nya...hihihi )..pada tarikh tersebut, rezeki Allah bagi hujan yang lebat di tambah pula dengan petir dan kilat.. (cukup 1 pakej kan Allah bagi...)..

Sedang sedap me layan jiwa dengan rezeki yang Allah bagi itu,tiba-tiba petir berserta dengan kilat berdentum kuat...rupa-rupanya tempat me mencari rezeki telah kena panahan petir sehingga menyebabkan blackoutt dan terdapat beberapa perkakasan yang rosak...dan yang paling me tak sangka me sendiri telah terkena renjatan elektrik...huhuhu
tangan me terus kebas dan telinga me berdesing..saat tu hanya Allah saja yang tahu dalam hati me...

mr.google punya gambar


Segala kerosakan, pihak ibu pejabat yang selesaikan cuma me hantar laporan dan senaraikan barang-barang yang rosak..jenuh jugalah me nak kena check satu-satu perkakasan yang mane satu ok yang mana yang tak ok...dalam masa yang sama badan me bisa-bisa akibat kene karen..badan me pun panas,demamm...... (ohh..tidak.....)

Me nak kongsi serba sikit mcmane nak hadapi andai tiba-tiba kome semua alami seperti yang me lalui...

  1. Jangan panik dan tarik nafas dalam-dalam
  2. Bangun dan tutup semua suis
  3. Telefon pihak yang berkaitan dan maklumkan apa yang terjadi
  4. Periksa mana-mana peralatan yang berkemungkinan menjadi mangsa petir
  5. Baru periksa peralatan yang lain satu persatu dan senaraikan segala kerosakan
  6. Buat laporan secepat yang mungkin supaya segala kerja tidak tergendala
Me harap apa yang telah kongsikan di atas dapat menjadi manfaat pada semua ^_^

Moral : jangan main karen time hujan...hihihi

#salam sayang dari me


No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com