Kuburkan saja!!

Ada seorang lelaki berjumpa dengan seorang ulama dan bertanyakan soalan berkaitan solat...Bermula la perbualan mereka...

Lelaki  : Ya Syeikh,apakah hukum untuk orang yang sakit?
Syeikh : Hukumnya wajib.Dia hendaklah menunaikan solat dengan berdiri jika mampu..
Lelaki  : Kalau dia tidak mampu?
Syeikh : Hendaklah dia melakukan solat dengan cara duduk...
Lelaki  : Kalau duduk pun dia tak boleh?
Syeikh : Hendaklah dia solat dengan berbaring
Lelaki  : Kalau berbaring pun dia tak mampu?
Syeikh : Hendaklah dia melakukan solat dengan isyarat..
Lelaki  : Kalau dengan isyarat pun tak boleh?
Syeikh : Hahh! Kalau dah macam tu...lagi senang! Terus kuburkannya..!!



Moralnya : Islam itu mudah..pelbagai cara kita boleh lakukan untuk bersolat andai terdapat kekangan untuk melakukannya...jangan bagi alasan yang tak masuk akal untuk mengelak dari melakukan kewajipan..

#salam sayang dari me ^_^

No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com