" Namaku DAMAI. Sayangnya manusia tidak mahu menjagaku.Mereka lebih suka huru hara, mengganggu kedamaian.Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar." Lalu padamlah lilin pertama itu.
Kemudian, lilin kedua pula menyambung : " Namaku IMAN. Sayangnya tidak ramai manusia magu mengenaliku.Hiburan duniawi lebih berguna daripadku.Apalah gunanya aku terus menyala." Dan padamlah lilin kedua itu.
Lilin ketiga pula menyambung perbualan : " Namaku CINTA. Tapi manusia tidak menganggapku berguna.Mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri.Tiada gunanya aku terus menyala." Padamlah lilin ketiga itu.
Budak lelaki itu ketakutan, lalu menangis.
" Apakah yang sudah terjadi?Mengapa hanya satu lilin yang menyala?Aku tak mahu begini.Aku takut kegelapan.Sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik yang gelap ini," ujarnya tersedu-sedu.
Melihat budak kecil itu ketakutan, lilin keempat pun bersuara : " Jangan takut.Selama aku ada, kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walau sebanyak mana ia padam."
" Siapa engkau?" tanya budak itu.
" Akulah HARAPAN..." jawab lilin keempat.
Budak itu berhenti menangis.Diambilnya lilin keempat itu lalu dicucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang telah mati tadi.
Bilik itu terang benderang semula.Budak itu tersenyum.HARAPAN tidak pernah mati, sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang...
Sumber : Majalah Mastikan keluaran Oktober
#salam sayang dari me ^_^
No comments:
Post a Comment