gambar ini ambil dr mr.google |
Salam semua sahabat me..entri kali ini me hendak berkongsi beberapa info menarik yang berkaitan dengan Nabi Muhammad & sahabat handai baginda yang kita sayangi, agama Islam yang kita cintai dan banyak lagi..di harap semua sahabat me sudi membacanya...
- Rasulullah telah mengetuai umat Islam dalam peperangan menentang orang kafir sebayak 23 kali. Sepanjang 23 kali itu, cuma sekali sahaja umat Islam tewas iaitu sewaktu Perang Uhud
- Nama nabi Musa A.S merupakan nama yang sering disebut dalam al-Quran manakala nama Mariam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam al-Quran
- Nabi Muhammad S.A.W dikurniakan 7 orang anak iaitu 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan
- Batu Hajar Aswad diturunkan dari syurga. Pada asalnya ianya berwarna putih (lebih putih dari susu) akan tetapi disebabkan dosa-dosa umat manusia yang terlalu banyak, warna batu bertukar menjadi warna hitam
- Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia. Oleh itu, keaslian dan kesuciannya selalu terjaga
- Agama-agama lain memiliki lebih dari 4 versi kitab suci dan berbeza antara satu sama lain. Akan tetapi kitab suci al-Quran hanya ada 1 versi sahaja dan tiada langsung percanggahan dalam setiap isi kandungannya.
- Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah " ummatii..ummatii...ummatii " yang mengungkapkan betapa besar cinta dan sayangnya baginda kepada umatnya
- Penganut Islam bertambah 2.9 peratus setiap tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat jika dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3 peratus setahun.
- Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam sedang berkhidmat dalam angkatan tentera.
- Seramai 8 juta oarang muslim kini ada di Amerika Syarikat dan seramai 20,000 orang rakyat Amerika masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11 berlaku
- Banyak sumber menyatakan pertumbuhan Agama Islam merupakan yang paling pantas berkembang dan dijangka menjadi agama nombor 1 dunia pada tahun 2030...InsyaAllah
- Negara Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang mana 90% penduduknya beragama Islam....Alhamdulillah
#salam sayang dari me
No comments:
Post a Comment