Ikan baung masak Lenga

Assalammualaikum 


Me nak tanya, uolls makan tak ikan sungai?Selalunya kalau ikan sungai sesuai masak apa?
Kalau me jangan di tanya, memang me makan ikan sungai..walaupun kata orang hanyir me makan juga.
Kalau hanyir pun kan ada petua nak hilangkan baunya kan..basuh guna tepung dan asam jawa..
Macam gambar kat atas tu me masak ikan baung masak lenga..haa..pernah dengar tak nama lauk tu..
Me pasti uolls mesti tak pernah dengar punya..hihihi..masak lenga ni sesuai untuk ikan sungai..masak lenga ni juga hanya terkenal kat Kg.Lenga,Muar sahaja..Me sebenarnya pertama kali masak lauk ni dan alhamdulillah menjadi la kot..kalau ikutkan hanya otai-otai kat sini je yang handal masak lauk ni..boleh di kira sebagai lauk warisan dari dulu sehingga kini :)
Masaknya simple je semudah ABC..hehehe..Kalau ada uolls nak try masak lauk lenga ni, me share resepinya ye..
Bahan-bahan
Ikan baung / ikan sungai lain
Cili padi (bergantung pada tahap kepedasan yang uolls nak)
Kunyit hidup (lagi banyak kunyit lagi bagus)
Belacan (bersesuai dengan jumlah lada dan kunyit yang digunakan)
Asam keping (terpulang pada tahap kemasaman yang uolls suka, lagi masam lagi best)
Garam
Air

Cara-cara
Tumbuk cilil padi,kunyit dan belacan sehingga lumat
Setelah lumat di tumbuk masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan ikan
Masukkan asam keping dan garam
Kacau sentiasa sehingga mendidih dengan api yang sederhana perlahan.

Masak lenga ni tak menggunakan minyak langsung.Sebenarnya masakan ini lebih kurang kita masak lauk singgang.Boleh juga masukkan terung sebagai bahan sampingan dalam lauk.

p/s : kena banyak belajar memasak ni dengan otai-otai lama :)



1 comment:

  1. tak pernah dengar nama masakan ni..tp sy suka ikan baung.. :)

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com