Kene hulur duit baru boleh buat kerja ke...

Emm..sikit punya panjang da tajuknya...bukannya apa nak bagi uolls mengerakkan bola mata lama sikit..senaman katanya...hihi
Sebenarnya me geram kat satu agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan ni..takrif dah naik tapi kerja tak buat betul juga..
Macam ni ceritanya..dalam bulan November lepas, ayah me ada hantar surat kat agensi ni..surat permohonan untuk mengalihkan tiang elektrik..sebabnya tiang tu block kat laluan masuk ke rumah..dari cerita yang mak me bagitahu bila sampai je kat pejabat agensi ni, staf yang jaga kat kaunter cepat-cepat ambil surat dari ayah me selepas ayah me cerita apa tujuan datang.Staf tu cakap nanti dia akan hantar orang tengok dulu.Selang dalam 2 hari macam tu la, ada la orang datang tengok tiang elektrik tu dan siap cakap akan alihkan kemudian.So, ayah me tunggu je la sejak dari hari tu sampai sekarang haram tak ada tindakan langsung.Bila telefon tak berangkat langsung..macamana buat kerja ni oiii...
Tak kan la kene hulur duit baru nak datang buat kerja..itu dah kira rasuah encik oii...bukannya jauh nak alihkan tiang elektrik tu setakat selangkah dari tempat asal pun...bila lambat bayar atau ada tertunggak dapat la surat amaran siap cakap nak potong elektrik bagai..tapi bila rakyat buat permohonan yang tak seberapa buat tak tahu je..
Kepada pihak yang berkenaan tolonglah buat kerja itu bagi telus..jangan sampai bila dah ada aduan baru terhegeh hegeh nak selesaikan masalah..

p/s : menahan geram ni...

2 comments:

Copyright by ungutinta.blogspot.com