Lucu : Dalam lucu ada pengajaran


Suami : Ke mana sayang nak pergi sempena ulangtahun perkahwinan kita esok?
Isteri : Mana-mana saja la bang...sayang tak kisah asalkan tempat tu sayang tak pernah pergi..
Suami : Kalau macam tu kita pergi ke dapur saja la ye...
Isteri : (Tersengih sambil berkerut dahi)

Uolls dan baca dialog simple kat atas tu..agak-agaknya uolls faham tak intipati dalam dialog tu...
Si suami memperli isteri secara halus dan lembut kan...rasa-rasanya ada tak antara uolls pernah melalui situasi kat atas tu terutamana pada yang dah berkahwin la... :)
Kita sebagai kaum perempuan walau belajar setinggi puncak gunung everest pun, sedikit sebanyak mestilah tahu menguruskan rumah tangga termasuklah memasak di dapur..tak kisahlah kita tidak sehebat chef terkenal untuk memasak..asalkan dari air tangan kita sendiri untuk suami dan keluarga kan...kata orang perut suami kena di jaga kan...hehehe
Tak kan la nak makan kat luar je..ada masa jemu juga.. :)
Me pun bukannya pandai sangat memasak, tahu lah sikit-sikit...kata orang lagi lepaslah kalau nak bagi family makan..hihihi..
Lagi pun makan masakan di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dapat menjimatkan perbelanjaan... :)

p/s : kepada bakal suami, terimalah diri me seadanya ye :)

3 comments:

  1. Haha yess :) Nak jadi wife mesti tahu menguruskan rumah tangga ^_^

    ReplyDelete
  2. kalau isteri tak turun ke dapur..umah tak yah buat dapur..ganti dgn swimming pool..kih3..

    ReplyDelete
  3. haha.. hm.betul tu.. walau pandai camne pon kena tahu jugak pergi dapur masak2

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com