Di pendekkan cerita,pada suatu hari bapa Ludin telah meninggal dunia disebabkan setandan buah kelapa sawit.Sejak kematian bapanya,Ludin secara tiba-tiba menjadi budak yang baik.Dipendekkan cerita lagi,pada suatu hari Ludin telah pergi berjumpa dengan Tok Imam kampungnya untuk meminta secerek dua air mawar untuk disiram ke pusara ayahnya.Maklumlah Ludin ni sekolah setakat darjah tiga je.Pengetahuan agamanya cetek.
Setelah diejas-ejas Tok Imam dapatlah si Ludin secerek air mawar untuk disiram ke pusara ayahnya.Ludin berniat untuk menziarahi pusara ayahnya selepas solat zohor tetapi apakan daya, dia cuma insan biasa kerana selepas dia selesai menunaikan solat zohor hujan turun dengan lebatnya tanpa disangka-sangka.Hujan yang turun tadi tidak berhenti-henti sehingga masuk waktu asar,maka terpaksalah Ludin membatalkan niatnya seraya berkata di dalam hati "kubur bapa aku mesti dah penuh, jadi tak payahlah aku siram" katanya.
Justeru itu, Ludin terus meletakkan cerek yang mengandungi air mawar ke dapur rumahnya...
Selang empat hari kemudian,Ludin kembali memasang niatnya untuk menziarahi pusara ayahnya.Lalu dia pun pergi ke dapur mencari cerek yang mengandungi air mawar yang diletakkan empat hari yang lalu.Terkejut beruk Ludin dibuatnya kerana cerek yang diletakkannya empat hari yang lalu telah hilang.Lantas Ludin pun bertanyalah kepada ibunya "mak, mak ada nampak tak cerek yang berisi air mawar yang Ludin letakkan empat hari yang lepas kat dapur ni" tanya Ludin.
"ohh...cerek tu,tapi air yang dalam cerek mak dah buat air teh" kata ibunya selamba.
Ludin bertanya pada ibunya lagi."Boleh ke air dalam cerek tu buat siram kat kubur ayah?"
Ibunya yang juga cetek pengetahuan tentang agama dengan selamba berkata"Apa pula tak boleh,bolehlah...".Tanpa berfikir panjang Ludin pun pergilah menziarahi pusara ayahnya dengan membawa air mawar yang telah menjadi air teh.
Setibanya di pusara ayahnya,Ludin pun membaca sedikit doa yang dihafalnya.Sesudah itu,Ludin pun menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang telah menjadi teh itu.
Selang beberapa minit kemudian selepas Ludin menyiram pusara ayahnya, tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga menyebabkan cerek yang di pegangnya terlepas dari tangannya.Dan dengan tiba-tiba juga dilihatnya pusara ayahnya terbelah dua.Ludin beristighfar "astaghfirullahalazim".Ludin seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Dan ketika itu jugalah asap putih keluar daripada pusara ayahnya.Belum sempat habis terkejutnya tadi,Ludin didatangi lagi dengan satu kejutan yang lebih besar apabila dia melihat ada satu tangan keluar daripada kubur bapanya dan tangan itu seolah-olah menunjukkan isyarat atau tanda bagus /"good".Tiba-tiba Ludin terdengar satu suara garau yang keluar entah dari mana yang mengatakan, BOH ADA UMMPPHHH...!
*cerita di atas adalah rekaan semata-mata
salam sayang dari me
gambar ihsan dr mr.google |
No comments:
Post a Comment