Cara untuk tingkatkan MOOD

Hai semua...macamane dengan MOOD hari ini terutamanya di waktu pagi..?Mesti ada yang ok dan ada yang tak ok kan..(mcm me la juga ada masa-masanye berangin..hehehe)bkn setakat tak ada MOOD malah rasa malas nak pergi kerje, letih dan ada juga kadang-kadang yang malas nak bangun dari tidur kan..so, untuk entri kali ini me nak kongsi macamane untuk membaiki MOOD terutamanya di awal pagi supaya nampak lebih cergas dan ceria...
gambar ihsan dr mr.google




1)Fikir positif
Berfikir positif membantu untuk bangkit dari katil untuk memulakan hari yang baru (tapi jgn lupe baca doa bangun tidur tau..)


2)Udara
Bangun dari tidur mestilah akan rasa mamai-mamai lagi kan..so, cepat pergi ke halaman rumah untuk hirup udara segar di waktu pagi.Cara ini untuk memberi ketenangan dan oksigen yang kita sedut membantu otak kita menjadi lapang dan segar.


3)Facebook
Mungkin rasa pelik sikit sebab buka facebook pagi-pagi.Tapi tak ada salahnya untuk kita muat naik kata-kata semangat dan perangsang sebagai motivasi pagi kepada diri sendiri.


4)Muzik
Memperdengarkan nada-nada yang tidak membingitkan telinga dapat membuatkan otak kita terbuka dan mudah untuk berfungsi.Ada juga sesetengah lagu yang dapat mendorong untuk melakukan sesuatu dengan baik.So, MOOD akan naik berlipat kali ganda..(me suka pagi-pagi dengar SINAR fm..mcm dh veteran kan me nie..hehehe)


5)Sarapan
Sarapan perlu diambil setiap pagi untuk tenaga.Tetapi ambillah sarapan yang ringan-ringan sahaja kerana perut memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan setelah bangun dari tidur..


Cara-cara di atas adalah antara kaedah untuk meningkatkan MOOD di pagi hari...Jom kita same-same tingkatkan MOOD kita supaya tak ada la orang cakap "ehh..ko nie kenapa,asyik moody je..."..MOOD yang baik-baik je ditingkatkan tau..jangan pulak MOOD yang tak baik...salam sayang dari me


gambar ihsan dr mr.google







No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com