1)AL AZWAJU SHALIHAH
Iaitu pasangan hidup yang soleh.Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh.Berbahagialah menjadi seorang isteri apabila memiliki suami yang soleh,yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan anak-anak menjadi muslim yang soleh.Demikian pula seorang isteri yang soleh akan memiliki kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya,walau betapa buruk sekalipun perlakuan suaminya.Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri yang solehah.
2)QALBUN SYAKIRUN
Iaitu hati yang selalu bersyukur.Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima sekadar apa adanya,inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur.
3)MEMILIKI UMUR YANG BERKAT
Umur yang semakin tua semakin soleh dan setiap detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadah.Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang Penciptanya.Inilah semangat "hidup" orang-orang yang berkat umurnya,maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur yang berkat.
4)AL AULADUN ABRAR
Iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah.Segala amal ibadah kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita,namun pada kadar yang minimum pun,kita sewajarnya memulainya dengan menjadi anak yang soleh atau solehah.Di mana doa anak yang soleh atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah SWT.Berbahagialah kita apabila memiliki anak yang soleh atau solehah.
gambar ihsan dr mr.google |
5)ALBIATU SHOLIHAH
Iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman kita.Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita,haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita.Rasulullah menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh dan solehah.Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita berbuat salah.Orang-orang yang soleh dan solehah adalah orang-orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada wajahnya.Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh dan solehah.
6)TAFAKUH FI DIEN
Iaitu semangat untuk memahami agama.Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam.Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama islam.
7)AL MALUL HALAL
Iaitu harta yang halal.Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta tetapi halalnya.Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya.Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan oleh Allah SWT.
*Oleh itu,marilah kita sama-sama renungkan adakah kita mempunyai ciri-ciri di atas untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup...
sumber:mingguan wanita
No comments:
Post a Comment