Pau ohh pau

Salam semua...hari ini me nak berkongsi resepi masakan yang telah me cuba...me telah cuba buat pau kukus berintikan sambal ikan bilis..kalau ada sesiapa yang nak cuba buat boleh ikut resepi di bawah ini..(ehh..mcm chef pulak ye me nie..hehehe)

untuk inti pau (sambal ikan bilis)

lada kering (di bland)
bawang merah
bawang putih
ikan bilis (digoreng)
belacan
air asam jawa
garam
gula
minyak masak untuk menumis
( intinya mcm kita buat sambal ikan bilis biasa je..sukatannya boleh ikut sesedap rasa..)
korang semua pun boleh letak inti lain seperti inti kacang merah,inti kelapa,inti daging dan sebagainya.

contoh sambal ikan bilis yang me buat (alamak, minyak banyak kan..kolestrol..kolestrol)

untuk doh pau
500 gram tepung pau
6 gram yis kering (mauripan)
1/2 gula halus
1/4 minyak jagung
11/4 cawan air
kertas minyak (digunakan sebagai pengalas pau)

cara-caranya :
1) tepung pau,yis dan gula halus di campur di dalam mangkuk
2) tambahkan minyak jagung dan gaul hingga sebati .Kemudian tambahkan air dan uli sehingga sebati selama 10-15 minit
3) rehatkan doh selama 10-15 minit sebelum masukkan inti
4) bahagikan doh kepada bahagian kecil-kecil (terpulang pada citarasa masing-masing) dan masukkan inti lekatkan ke atas kertas minyak
5) biarkan pau selama 30-45 minit sebelum dikukus
6) selepas itu,kukuskan pau selama 10-15 minit

pau sebelum di kukus

pau setelah di kukus (naik kan pau me..hehehe)

Me pun masih dalam proses belajar lagi untuk membuat pau yang lagi gebu...kalau ada yang tak menjadi buat tue adat la kan..try and error..yang penting jangan putus asa..selamat mencuba..salam sayang dari me







No comments:

Post a Comment

Copyright by ungutinta.blogspot.com