Booommm!

Me nak kongsi satu kisah lucu untuk entri kali ini..kisah nya bermula pada suatu hari..seorang lelaki terjumpa bom dalam sebuah kotak.Lalu diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang tertulis pada sekeping kertas!

1) Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan
  "Ya,aku pegang dengan tangan kiri," kata lelaki tersebut sambil mengigil
2) Genggam pin di celah cari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi
  "Okey!Okeyy!Okeyyy!" kata lelaki tersebut bertambah mengigil
3) Tarik pin dengan berhati-hati
   "Sudahhhhh!" kata lelaki tersebut lalu menarik pin
4) Buang pin itu melepasi bahu kiri anda
   "Okey!Okeyy!Okeyyy!" pantas lelaki itu mengikut arahan
5) Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini
   "Okey!Okeyy!Okeyyy!!" tubuhnya semakin mengigil
6) AMARAN : Lakukan semua ini dalam masa lima sa....

    BBOOOMMMM!!!

Heheheh...
Moral dari kisah ini : baca arahan terlebih dahulu sehingga habis sebelum melakukan praktikal...

Salam sayang dari me

1 comment:

  1. hahaha..betul2..
    baca arahan dulu sampai habis da...

    ReplyDelete

Copyright by ungutinta.blogspot.com