Kisah semalam

Teet..teet..teet...bunyi alarm dari telefon berbunyi memecah keheningan subuh dan telah mengejutkan aku dari mimpi yang indah...
"malasnya nak bangun..." detik hati kecil ku sambil mengosok gosok mata..
bila teringatkan janji aku pada Adam dengan segera aku bangkit dan menuju ke bilik air dengan langkah yang longlai.." kalau bukan sebab dah janji maunya sekarang nie aku masih dibuai mimpi.." ngomel aku sendirian...azan subuh pun sudah berkumandang di masjid yang berhampiran dengan rumah ku...dengan pantas aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
selepas salam terakhir solat subuh, aku memanjatkan doa kepada Allah swt semoga perjalanan ku ke Kuala Lumpur selamat...

Sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku terimbau kembali perbualan antara aku dan Adam..


"Hampir 3tahun kita dah kenal kan,Wani..?"
"Aah..kejap je kan masa berlalu.." jawab aku
"Dan selama 3tahun itu la juga banyak kali Adam sakitkan hati Wani kan...?" kata Adam dengan nada suara yang sayu
aku pun menjawab,"Apa yang telah kita lalui selama kita kenal dapat membuatkan kita semakin matang,Adam.."
"Eemm..." jawab Adam
gambar dr mr.google


Suasana antara kami sepi seketika...


"Macam mana dengan kerja dan keluarga Adam?" tanya ku setelah sekian lama sepi antara kami.
"Alhamdulillah keluarga sihat dan kerja pun ok.." jawab Adam bersahaja
"Ehh..kenapa dengan Adam ini,sepatah ditanya sepatah la juga jawabnya..." berkata aku di dalam hati

Sepi lagi bertandang antara kami.

"Wani..." panggil Adam
"Emm...kenapa Adam?" jawab aku
"Terasa berat untuk Adam luahkan apa yang terbuku di dalam hati nie..." kata Adam

Aku hanya mendiamkan diri sahaja

"Adam sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan sayang,cinta dan kasih pada Wani..tapi Adam takut untuk meluahkan..Adam takut hanya Adam saja yang bertepuk tidak pada Wani.." luah Adam
"Emm...sebenarnya Wani pun sudah lama menyimpan perasaan pada Adam..cuma Wani pendamkan sahaja kerana khuatir Wani menyimpan perasaan pada hak orang lain.." jawab ku dengan tenang

Aku sengaja ingin menduga hati Adam dengan menjawab sebegitu

"Hak orang lain?Apa maksud Wani?" tanya Adam
"Wani tahu ada wanita lain yang lebih menyukai Adam..Wani tak nak dituduh sebagai penganggu kebahagiaan orang..Adam pun tahu kan perangai Wani macam mana.." jawabku

"Adam tak ada simpan apa-apa perasaan pun pada wanita lain selain dari Wani..percaya lah...dalam hati Adam hanya ada sayang kepada Wani..dan Adam ingin jadi imam kepada Wani dan keluarga kita.." kata nya dengan jujur.

Aku terharu mendengar kata-kata yang telah di ucapkan oleh Adam. Hanya Allah swt saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu.

"Adam harap Wani dapat terima sayang Adam pada Wani.." kata Adam dengan penuh pengharapan
"InsyaAllah Adam.." hanya itu saja yang mampu aku jawab.
"Hati Adam hanya untuk wani seorang.." katanya lagi

Aku hanya mampu tersenyum tatkala mendengar kata-kata dari Adam.Hanya bahasa mata dan senyuman yang dapat ku beri sebagai jawapan kepada persoalan Adam itu..
Dan Adam pun membalas senyuman ku sebagai tanda dia mengerti jawapan yang telah ku berikan

Ponn...Ponnn...tersentak aku dari lamunan yang panjang..

"Astaghfirullah...lamanya aku mengelamun..ntah dah sampai mana ntah..." berkata aku dalam hati dan tersenyum sendiri..
"Dah sampai KL rupanya.." ngomel aku sendirian
Lenguh rasa badan ku akibat duduk terlalu lama di dalam bus.

Sampai sahaja di Puduraya, Adam sudah tercegat menunggu aku dengan setianya.

"Assalammualaikum" kataku
"Waalaikumusalam" jawab Adam dengan senyuman yang manis.
"Ahh..cair aku bila tengok senyuman Adam ni.." kata aku di dalam hati

"Kenapa Adam nie aku tengok makin kurus je,tak makan kah dia..sakit ker?" tanya aku dalam hati
"Macamane dengan perjalanan ke sini,ok tak?" tanya Adam sewaktu kami berada di dalam kereta.
"Ok je" jawab ku ringkas
"Lapar tak? apa kata kita singgah makan dulu sebelum Adam hantar ke rumah Ina.." tanya Adam
"Boleh juga,Wani pun lapar nie.." jawab ku.

Kami pun singgah ke kedai makan untuk mengisi perut yang telah sekian lama berkeroncong minta di isi.
Sementara menunggu pesanan makanan tiba, kami hanya diam seribu bahasa.Padahal terlalu banyak yang ingin aku perkatakan kepada Adam..Betapa rindunya aku kepada dia tidak mampu aku luahkan..sedang asyik memandang muka dia,tiba-tiba mata kami bertentang.Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.Dari hujung mataku,aku perasan yang Adam tersenyum meleret..

"Malunya aku..." kata aku di dalam hati

Pesanan pun telah tiba.Kami pun menjamu selera sambil berbual-bual kosong.
Setelah selesai makan,Adam telah menghantarku ke rumah Ina untuk aku menumpang tidur untuk semalam.

Tetapi aku perasan,dalam perjalanan menghantar aku ke rumah Ina,Adam banyak mendiamkan diri tidak seperti ketika kami sedang menjamu selera tadi..Adam mendiamkan tanpa bicara setelah mendapat satu panggilan telefon setelah kami habis menjamu selera tadi.

"Kenapa dengan Adam ini?" tanya ku di dalam hati.
Tetapi persoalan itu hanya terbit di dalam hati tidak dapat ku luahkan.

"Mungkin dia ada masalah dekat tempat kerja kot..." anggaran ku di dalam hati


Keesokkan paginya, seawal 7 pagi Adam telah menunggu ku di depan umah Ina untuk bersarapan bersama dengan aku.

"Selamat pagi,sayang.." sapa Adam.
"Selamat pagi, Adam.." jawab ku dengan perasaan yang pelik
"Kita pergi sarapan sama-sama nak tak?" tanya Adam
"Ok" jawab ku

Setelah habis bersarapan,Adam telah membawa aku ke sebuah tasik di Putrajaya.
Sampainya di sana,Adam telah memilih tempat untuk kami berbual dengan selesa.Di awal pagi sebegini,ramai warga bandar sedang beriadah di tasik tersebut.
Sedang ralit aku melihat sepasang suami isteri sedang beriadah,terdengar Adam memanggil namaku..

"Wani..." sayu saja panggilannya

Aku segera menoleh kepada Adam.Alangkah terkejutnya aku tatkala melihat mata Adam sudah bergenang dengan air mata.

"Kenapa nie Adam..?" tanya ku,risau...

Adam masih tidak menjawab.Sepi..Ku lihat dia menahan air mata supaya tidak merembes keluar

"Adam, kenapa ni..cuba cerita pada Wani.." pujuk ku dengan lembut

Adam menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicaranya.Aku menunggu dengan sabar tetapi di dalam hati berdebar-debar hanya Allah swt saja yang tahu

"Adam sebenarnya tidak dapat hidup lama lagi Wani..." tutur Adam satu persatu
"Apa yang Adam cakap nie..kenapa cakap yang bukan-bukan pagi-pagi nie..." jawab ku
"Betul, Wani...Adam sudah lama mengidap barah hati..cuma Adam tidak mahu lihat Wani sedih.." kata Adam dengan sayu
"Malam tadi selepas kita makan, Adam dapat panggilan dari doktor yang merawat Adam..dia bagitahu yang Adam hanya ada lebih kuang 2-4 bulan untuk hidup..." tambahnya lagi

Saat itu,rasa gelap gelita pandangan mataku.Terus air mata ku mengalir tanpa dipinta.

"Andai Adam dah tiada lagi, berjanjilah yang Wani akan hidup bahagia dan jangan tunggu Adam lagi.." pintanya kepada ku..
"Tidak,Adam..Adam akan sembuh.." kataku dengan linangan air mata
"Adam sayangkan Wani sampai Adam mati sekalipun...cuma impian Adam untuk menjadi imam pada Wani tidak akan tercapai.." jawabnya dengan air mata yang berlinangan.
"Kita mesti terima ketentuan yang telah Allah swt tetapkan ini sayang.." kata Adam

Ketika itu,aku tidak mampu berkata apa-apa lagi..hanya air mata yang setia mengalir tanpa henti

Selang 2 minggu dari pertemuan kami itu, aku telah mendapat panggilan yang menyatakan Adam telah di masukkan ke wad oleh ahli keluarganya.Aku bergegas ke KL untuk melihat keadaan Adam.

Namun semuanya telah terlambat...Adam telah meninggalkan aku tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal untuk kali yang terakhir kepada ku...

"Pergilah sayang menghadap Pencipta yang satu dengan tenang...Wani di sini sentisa mendoakan kesejahteraan untuk mu di sana...." doaku di dalam hati...



















4 comments:

Copyright by ungutinta.blogspot.com